Sunday, July 26, 2009

hati


emmmm..... asenye da lame aku tak postkan benda baru kat blog ni. kadang2 ada banyak benda yang nak dikatakan tapi cam xreti je. ni lah manusia. kadang2 memperbodohkan diri sendiri untuk orang lain. tapi boleh ke??? alasan nak bagi orang gelak dan hapi, walaupun tak hepi sebenarnya. terdapat banyak jenis manusia ni, tapi apa yang aku nampak seuanya atau mejoritinya kadang-kadang ada perkara yang masih kosong dalam diri mereka, ada impian, ada keinginan, ada matlamat. tapi seperti masih tercari-cari dan tidak paham atas diri masing-masing. aku akui pada seseorang tu benda yang paling susah nak dijangka adalah hati. hati sangat-sangat la berubah. contohnya la macam lelaki tengok perempuan, sekejap ada yang lalu depan mata cantik dan menarik minat hati. tapi kalau ada perempuan lain yang lalu diaorang cakap benda yang sama jugak. sama la jugak perempuan. kita susah nak jangka yang berkaitan dengan hati ni. tapi aku ase kalau seseorang tu didik hatinya atau hatinya dia boleh menetapkannya sebab itu apa yang dikurniakan pada dia daripada Allah. tu la Rasulullah S.A.W pun didik orang-orang jahiliah dulu bermula dengan beriman kepada Allah yakni menyakini bahawa Allah itu adalah satu-satunya tuhan yang ada dan dia yang maha kuasa pada seluruh alam ni. Rasulullah tanam sikit-sikit dalam hati mereka. tup-tup hati mereka menerimanya, kenapa??? ha.. sebab apa yang diberitahu itu adalah benar belaka. Allah buka hati mereka untuk mempercayainya. tu la aku cakap kita punya hati kita boleh didik melalui ajaran islam. bila kita didik cam tu secara automatiknya hati kita boleh kita kawal walaupun susah. apa benda yang kita pilih datangnya dari diri kita sendiri. dan kita boleh menyatakan tidak pada apa yang tidak. kita yang memilih. yang pertamanya kita kena la tetapkan hati yang Allah itu satu dan tiada yang lain. bila da ada satu terasnya insyallah kita akan mencuba kepada kebaikan yang berlandaskan syarak dan hati tidak mudah berubah.... insyaallah.. amin.

No comments:

Post a Comment